GEARBOX PROBLEM?

APAKAH BENAR GEARBOX DSG VW BERMASALAH?
TIDAK..!!! Ini jawapan saya... baca dari awal dan sy akan jelaskan dihujung penerangan ini.
Gearbox pada asasnya kita gambarkan sebuah kebuk yang penuh dgn gigi2 gear.. so mcm mana istilah 'Gearbox Rosak?' Adakah gearbox tu pecah? Gigi gear patah? Atau Gear jam?
Pada pengetahuan umum, gearbox DSG pasti anda fikir ianya sebuah gearbox Automatik seperti mana kebiasaan kereta bergear Auto. Tapi sebenarnya DSG ini adalah sebuah gear Manual. Jadi bagaimana ia berfungsi secara Auto?








Ok sy huraikan secara perinci.. asasnya gearbox manual kita perlukan akal, tangan dan kaki utk menukar posisi gear. Betul?
Apa benefit gear manual berbanding auto? Cepat menukar gear dan lebih jimat minyak berbanding gear auto. Manakala Auto lebih memudahkan pemanduan anda. Betul?
Jadi VW menghasilkan sebuah gear box manual tapi ada sebuah robot yg menggantikan fungsi akal, tangan dan kaki manusia untuk membuat tukaran gear. Robot ni di beri nama 'Mechatronic' singkatan kepada Mechanical Electronic. Jadi anda mendapat kedua2 benefit gear manual dan auto dalam masa yang sama.
DSG gearbox mula digunakan sejak 2003 dan sehingga kini pembangunan teknologi ini telah mendapat banyak anugerah.
Untuk pemahaman lebih jelas boleh lihat video  ini >>> 
APA ITU MECHATRONIC DAN APA FUNGSINYA?
Mechatronic adalah sebuah komponen yang bertindak sebagai manusia yang membaca pada gear berapa sepatutnya ia berada dan memberi tindakkan untuk menukar posisi gear. Di dalam sebuah 'Mechatronic' ada terletak otak komputer(ECU) yg menjadi mastermind dlm sistem ini. ECU ini terletak didalam dan berada didalam keadaan kering. ECU ini bertindak membaca tujahan padel minyak, kelajuan enjin dan bertindak memberi arahan pada posisi apa gear sepatutnya berada.

Ok.. selesai 1 bab ttg bagaimana DSG berfungsi dalam sistem gearbox kereta Volkswagen. Sekarang sy nak terangkan apa masalah sebenarnya berlaku sebelum ni menjadi isu yg di ulang2 oleh pembantai kami. Mereka mengambil kesempatan utk menjadikan point2 ini utk menakut2kan pembeli.
Masalah sebenar bukanlah GEARBOX tapi MECHATRONIC...!!!
Ya... MECHATRONIC atau mudah sy katakan 'OTAK' gearbox DSG. Apa yang berlaku ialah kotak yg melindungi ECU ini telah berlaku 'Leaking' pd rubber seal. Apabila leaking, minyak telah memasukki ruang ECU dan menyebabkan litar pintas(short circiut) dan menyebabkan blackout atau mudahnya jika sy bandingkan dgn manusia seperti ada pendarahan dalam otak dan membuatkan badan manusia boleh koma. Begitulah yg sy boleh gambarkan keadaan ECU MECHATRONIC apabila minyak gearbox(synthetic oil) menembusi ruang ECU.
Ok.. sy jelaskan pulak kesan Synthetic oil yang bersifat boleh menghakis dan mengalirkan arus memyebabkan litar pintas pd ECU mechatronic. Disebabkan itu juga VW telah membuat kajian serta membuat keputusan utk menukar minyak kepada Mineral base yang berkualiti tinggi disebabkan Mineral base oil tidak bersifat menghakis dan mengalirkan arus, bila terkena pada ECU tidak akan menyebabkan litar pintas.
VW juga bertindak menukar rubber seal kotak ECU itu kepada jenis yang lebih berkualiti tinggi dan tahan haba lebih baik. Bukan bermaksud sebelum ni tak bagus, tapi sebelum ni diuji dan tiada masalah kerana faktor cuaca dan iklim kita dengan europe. Manakala litar ECU juga dilindungi dgn 1 lapisan "Cooling Gel" yang boleh mengelakkan sentuhan apa2 jenis cecair dari terus ke litar dan boleh menyebabkan masalah litar pintas.
Masalah Mechatronic sudah selesai sejak dari 2013 dan semua model bermula 2014 yg telah ditambah baik secara menyeluruh.
Bukan Gearbox tapi Mechatronic. 
File: Problem solve

Harap penjelasan ini dapat memberikan sedikit maklumat yang anda perlukan.

No comments:

Post a Comment

Lokasi Abul Auto Trader

Abul Auto Trader No.700 (Lot 13303) Jalan Bukit Pasir Mukim, 83000 Batu Pahat, Johor Tel : 018-787 8037 https://g.page/abul-auto-trader?s...