Mechatronic

DSG GEARBOX VOLKSWAGEN.. SAYA KATAKAN INI ANTARA GEARBOX YANG BEST DAN TERBAIK... KENAPA???

Hari ini saya nak share tentang gearbox DSG yang paling HOT ni... Kalah retis dia punya popularnya... kalau buat carian Google untuk *Sup Gearbox", mesti Gearbox DSG akan keluar sekali...Hehe
Pertama sekali maksud DSG adalah Direct Shift Gearbox.
Gearbox DSG(manual). Ini adalah Gearbox Manual.




Pada asasnya gearbox DSG ni adalah gearbox Manual. Siapa kerja mechanic kereta mesti dia tau beza antara gearbox Manual dan Auto. Mana yang tak pasti, boleh Google "Gearbox Auto" rupa macam mana.. haha
Ok, berbalik pada topik asas dan persoalan bagaimana gearbox Manual ni boleh difungsikan secara automatik?
Sebelum kita pergi lebih lanjut, saya nak fahamkan apa kelebihan gearbox Manual. Seperti yang kita maklum, faedah gear manual ni lebih pantas dari segi tukaran gear dan lebih jimat minyak. Manakala faedah gear Automatik pula lebih memudahkan pemanduan.
Jadinya, Volkswagen telah mengambil kedua-dua faedah ini untuk menjadikannya sebagai 1 Gearbox.
Bagaimana, Sedangkan manual sudah pasti kita memerlukan tindakkan dari akal, tangan dan kaki untuk menukar gear? Baik... Disinilah diletakkan fungsi "Mechatronic" atau nama panjangnya "Mechanical Electronic" yang menggantikan tugas akal, kaki dan tangan kita untuk membuat tukaran gear. Disinilah ianya menjadi fungsi "Automatik".
Apa itu Mechatronic?

Kalau anda membuat carian Google, anda akan dapat imej robotic yang membuat dan menggantikan tugasan manusia hari ini. Ya, itulah mechatronic. Cuma bezanya mechatronic yang ada pada gearbox DSG ni lebih kompak. Tugasannya adalah sama iaitu mengambil alih tugas pemandu untuk menukar gear.


Gearbox DSG(manual). Ini adalah Gearbox Manual.


Kalau dilihat pada Gigi gear tu adalah lengan yang bertindak menukarkan posisi gear.

Unit MECHATRONIC... Ini lah robot yang menggantikan tugas akal, tangan dan kaki pemandu.



Maka dengan ini, kita dapat faedah dari gabungan ini. Walaupun ianya pemanduan automatik, kita juga dapat faedah gear Manual. Tambahan lagi DSG ini menggunakkan sistem "Dual clutch transmission" menjadikan tukaran gear lebih cepat dan pantas.
Pastinya akan ada yang bertanya soalan lazim yang tak pernah "lapuk dek hujan, lekang dek panas".... GEARBOX VOLKSWAGEN PROBLEM DAH SETTLE? ðŸ˜‚😂😂 Nah, saya sediakan jawapannya sekali ðŸ‘‰ DSG ISSUE 



Baiklah, sekarang anda faham bagaimana ia berfungsi? Tahniah... Kerana 1 lagi ilmu yang dapat saya kongsikan kepada anda tentang teknologi gearbox DSG. Kalau anda rasa bermanfaat, maka kongsikan kepada rakan-rakan taulan.
*Pada setiap gambar ada saya maklumat.
Mohon anda like dan share page saya Hasbullah - Volkswagen Top Sales Consultantuntuk mendapatkan lebih banyak info dan video menarik.

Penulisan terbaik dari 

Hasbullah Abdullah

boleh terus hubungi wasap.my/60187878037/VolkswagenPromo utk promosi terkini

No comments:

Post a Comment

Lokasi Abul Auto Trader

Abul Auto Trader No.700 (Lot 13303) Jalan Bukit Pasir Mukim, 83000 Batu Pahat, Johor Tel : 018-787 8037 https://g.page/abul-auto-trader?s...