XDS & XDS PLUS SYSTEM

Apa itu XDS & XDS PLUS dalam sistem pemanduan kereta Volkswagen???
Kalau dulu sistem ABS (Anti-lock Braking System) diperkenalkan menjadi sesuatu kelebihan pada setiap pengeluar kereta mendahului pesaing dan akhirnya semua pengeluar pun ada sistem ABS. Kemudian ESC (Electronic Stability Control) pula menjadi satu point pendahuluan dan kini juga semua kereta juga ada sistem ESC.


Kini Volkswagen dilengkapi dengan sistem XDS dan XDS PLUS. Apa itu XDS???
XDS akan memberikan cengkaman pada roda sebelah dalam selekoh


XDS memberikan maksud Advance Differential Lock System. Sistem ini berkait dengan sistem ESC dimana ia memberikan lebih kestabilan dan lebih cengkaman pada ketika mengambil selekoh tajam bagi mengelakkan berlakunya "Under steer" atau "Over steer".
Sebagai contoh mudah, dikala kita mengambil selekoh tajam pada kelajuan yang agak tinggi, kebarangkalian roda belakang atau depan akan tersasar. Diketika ini fungsi XDS akan memainkan peranannya dengan mengawal pusingan roda hadapan sebelah dalam selekoh menjadi lebih perlahan dari roda sebelah luar selekoh.
Ibaratnya ketika kita berlari dan membelok adalah lebih mudah jika ada sesuatu untuk berpaut.
Manakala sistem XDS PLUS pula adalah lebih advance dengan memberi cengkaman pada roda hadapan dan belakang disebelah dalam selekoh berbanding XDS yang hanya pada roda hadapan.
Namun tidak semua Sistem XDS dan XDS PLUS ini ada pada model VW, buat masa ini ada pada Golf GTI, GOLF R dan PASSAT 2.0 yang terbina pada platform MQB.
Jom like page Hasbullah - Volkswagen Top Sales Consultant untuk lebih banyak info dan video menarik.
Hasbullah Abdullah 

x

No comments:

Post a Comment

Lokasi Abul Auto Trader

Abul Auto Trader No.700 (Lot 13303) Jalan Bukit Pasir Mukim, 83000 Batu Pahat, Johor Tel : 018-787 8037 https://g.page/abul-auto-trader?s...